cinta agung.

Di jalanan sunyi.
Cuma kau dan aku sendiri.
Demi kasih pada kau setengah mati,
aku rantaikan engkau disini.

Pernah dulu; kau, aku biarkan
menjalani hidup tanpa batasan.
Tapi kau hanyut dan terlupakan
hingga aku sendirian ditinggalkan.

Lalu aku pergi membawa hati
melepaskan kau di dunia tersendiri.

Tapi tidak kini.
Setelah aku tersedar,
kembali pada realiti,
Kenapa mesti aku pergi?
Bukankah kita pernah berjanji
mahu sehidup semati?

Lucu,
aku tertawa kecil.
Melihat kamu terkebil-kebil
menanti waktu diseru Izrail.

Disisimu aku tenang berbaring.
Tangan digenggam tak mungkin berpaling.
Walau dulu kita pernah terasing,
namun sumpah,
cintaku pada mu,
tidak terbanding.

Walaupun nanti,
di syurga kita tidak ketemu,
Aku rela jika di neraka kita bersatu.
Sayangku.