l a p a n

5 0
sumber

 kenapa ya?
yang kita mahu, 
tak mahu kan kita.

yang kita tak suka,
suka kan kita.
kenapa ya?

t u j u h

2 0
sumber
 
Walau jasadmu
tiada di depan mata,
tapi aku tetap
merasa kamu ada.

Dekat tapi jauh.
Dekat dengan hati.
Tapi jauh dari mata.

Ah,
rindu memang selalu
menyiksa jiwa.


e n a m

3 0

Semalam,
aku sendirian di dunia ini
kekasih.
Dan kesendirianku, sebengis kematian.

Semalam,
diriku adalah sepatah kata yang tak bersuara
di dalam fikiran malam.

Hari ini,
aku menjelma
menjadi sebuah nyanyian menyenangkan
di atas lidah hari.

Dan,
ia berlangsung dalam seminit
dari sang waktu
yang melahirkan sekilas pandang
sepatah kata,
sebuah desakan
dan,
sekucup ciuman.



-Khalil Gibran-


l i m a

2 0

kita sama-sama jatuh.
tapi awak sudah mula berlari
sedang saya masih mencuba merangkak

e m p a t

2 0

walau kita tak bermula dari fasa pertama,
sekurangnya aku ingin menghabiskan fasa seterusnya
dengan kamu
hanya kamu.
hingga akhir waktu.



t i g a

2 0

awak,
bila awak senyum,
muka awak
macam gula-gula kapas.
manis
lembut
ceria.
saya suka 



d u a

2 0

"Orang lain kerja ada gaji, kau kerja, gaji satu habuk pun takde. Mama suruh kau kerja kira duit Pak Haji, kau taknak. Sebulan RM800, kerja setengah hari. Sape nak bagi? Dok dengan mama, tak payah nak pikir pasal duit sewa rumah, duit makan. Hari-hari boleh online. Nak jugak tinggal sendiri. Aku tak paham la dengan kau ni. Pergi la cari keje lain. Buang tenaga buang masa, duit tetap gak takde. Kau nak macam ni sampai bila? Masa tu berjalan, kau bukan selamanya akan muda. Bla bla bla bla..............."




ye, aku selalu silap
silap buat keputusan
silap buat pilihan
kadang-kadang
aku sendiri pun tak faham
dengan diri aku
apatah lagi orang lain
memang takkan faham.